Salina Saibi Hamil Tiga Bulan

Tahniah kami ucapkan buat pelakon Salina Saibi yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Pelakon utama siri 'Gerak Khas' ini telah disahkan mengandung anak kedua dan kini kandungannya telah berusia tiga bulan.

"Alhamdulillah saya dan suami agak terkejut juga kerana saya disahkan mengandung kini. Sebenarnya kami sudah tahu tentangnya lebih awal lagi tetapi saya mengikut pesan emak supaya tidak mengumumkannya sebelum kandungan mencecah tiga bulan," ujar Salina ketika dihubungi.

Ditanya tentang alahan yang dialaminya sepanjang mengandung, ini jawab Salina,

"Sebenarnya alhamdulillah saya tidak mengalami alahan dan cuma mengalami batuk-batuk sahaja. Cuma suami yang mengalami alahan teruk terutamanya masa di awal kehamilan sebulan yang lalu. Dia mengalami pening kepala dan muntah yang agak teruk malah dia juga terpaksa membawa asam ke tempat kerja," kata Salina lagi yang dijangka akan bersalin pada 17 Mac 2015 kelak.

Sebelum ini, Salina dan suaminya mempunyai seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Kiera dan kini sudah pun berusia lima tahun.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment