Bercakap tentang nafkah, Rita Rudaini berkata kepada Kosmo! hari ini turut mendedakan yang Aidil Zafuan tidak ada memberikan sebarang perbelanjaan untuk sambutan hari raya untuk anak anak mereka dan hanya menghantar SMS untuk bertanya khabar.
Beliau turut mengakui enggan membalas SMS Aidil Zafuan itu kerana geram dengan sikap bekas suaminya itu yang suka lepas tangan dan sudah lama tidak bertanya khabar.
“Saya tidak pernah halang kalau dia hendak beraya dengan Rayyan dan Qaqa, tetapi saya rasa sangat kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak,” tambahnya.
Selain itu, Rita Rudaini berkata yang beliau kini bahagia dengan kehidupan yang ada dan belum terbuka hati untuk berkahwin lain lebih lebih lagi setelah melihat nasib beberapa rakannya yang lain turut mengalami masalah kegagalan rumah tangga seperti dirinya.
“Ia tidak bermakna saya fobia atau serik berkahwin lagi, tetapi saya rasa hidup seorang lagi bagus. Kalau ditakdirikan saya bertemu jodoh, biarlah lelaki tersebut menyayangi kedua-dua anak saya itu,” ujarnya lagi yang mengakui turut menjadi rujukan rakan rakan dalam hal rumahtangga dan itu sesuatu yang lucu baginya. Mungkin rakan ingin dengar pengalaman ‘kan.
0 comments:
Post a Comment