Dia yang kelihatan cukup manis dan sopan itu menjelaskan bahawa sepanjang bulan Ramadan yang lepas dia sudah mula mengenakan hijab dan perkara tersebut sebenarnya tidak disedari oleh kedua-dua ibu dan bapanya.
Dia turut menafikan bahawa dia berhijab kerana mahu kahwin. Baginya perkara itu tidak pernah terlintas dalam pemikirannya kini kerana dia masih tidak mempunyai teman lelaki dan apa yang dibuatnya ini adalah kerana tuntutan agama.
“Tidak sama sekali kerana saya masih belum mempunyai teman lelaki. Terpulang pada semua untuk menilainya. Setakat ini syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Allah S.W.T telah permudahkan segala urusan saya,“ tambahnya lagi.
Mengenai hal perkahwinannya, dia tidak mahu terlalu berfikir mengenainya & mahukan jodoh itu datang dengan sendiri apabila sudah tiba masanya. Keluarganya turut memahami naluri wanitanya dan tidak pernah memaksa dirinya untuk berkahwin.
“Urusan perkahwinan saya serah pada Allah dan tidak perlulah untuk saya kejar, apabila sampai waktunya kahwin lah saya. Keluarga saya sendiri pun tidak pernah memaksa untuk saya berkahwin. Hati memang terbuka untuk berkahwin tetapi sekiranya kita mengatakan bahawa kita sudah bersedia sebenarnya kita masih belum bersedia ke arah itu,“ ujarnya pula.
Sementara itu, Sheera turut memberitahu bahawa dia akan menyanyi pada bulan merdeka ini dengan lagu kemerdekaan yang dicipta buat pertama kali untuknya berjudul Cintaku Malaysia yang akan didendangkan ketika hari kemerdekaan hujung bulan ini.
0 comments:
Post a Comment