Hamil Anak Kedua, Kate Middleton Alami Alahan Teruk

Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang kini hamil anak kedua dilaporkan mengalami alahan teruk seperti seperti sesetengah wanita hamil lain.

Middleton mengalami rasa mual dan muntah ekstrem yang dikenali sebagai hyperemesis gravidarum dan kini mendapat rawatan di Kensington Palace bersama doktor istana.

Difahamkan, keadaan tersebut normal bagi ibu hamil apabila kandungan telah mencecah enam hingga lapan minggu.

Dalam pada itu, biarpun jantina ahli baru keluarga diraja itu belum diumumkan, pelbagai pihak telah membuat spekulasi nama anak yang bakal diberikan.

Antara nama-nama yang disebut termasuk James dan Arthur bagi bayi lelaki dan Elizabeth atau Victoria untuk bayi perempuan.

Middleton baru sahaja melahirkan anak pertamanya, Putera George pada 22 Julai tahun lalu.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment