Bercakap kepada mStar Online, Raysha Rizrose mengakui yang beliau sepatutnya menyambung pelajaran di universiti pada Jun ini namun mengambil keputusan untuk mengejar cita cita bergelar selebriti dan menangguhkan pengajian beliau.
“Namun saya saya akan pastikan dalam masa lima tahun lagi saya akan dapatkan ijazah dalam jurusan undang-undang di Taylor’s University,” ujarnya.
Raysha Rizrose yang berusia 18 tahun merupakan juara termuda dalam sejarah penganjuran Dewi Remaja dan beliau mengakui menyertai pertandingan ini kerana mahu mencabar dirinya yang dikatakan pendiam dan bukan sekadar mengejar populariti.
0 comments:
Post a Comment