Eina Azman & Kaiser Gurmeet Selamat Diijabkabulkan

Pelakon remaja Eina Azman, 19, selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Grand Hyat di sini Ahad, kira-kira pukul 9 malam.
Majlis akan nikah dilakukan oleh bapa Eina iaitu Azman Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM770.

Pengantin lelaki melafazkan dua kali akad nikah.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abd Mutalib.

Pihak lelaki membawa wang hantaran sebanyak RM77,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis berlangsung dalam suasana meriah apabila kedua-dua pasangan tampil dengan pakaian ala-ala punjabi.

Eina pula cantik dengan busana berwarna ungu.


Buat pengetahuan semua, hantaran yang diterima oleh pihak perempuan juga adalah sebuah kereta yang berjenama Chevrolet Camaro. Sekalung tahniah buat pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh dan Datin Paduka Ainur Syakina Azman.

Sebelum ini Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman mencetuksan kontroversi ketika bercinta dengan aktor Afiq Muiz apabila pelakon itu dikatakan menderhaka kepada ibunya selepas mengenali Eina.


Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment