Minta Maaf, Harap Hormati Keputusan Kami - Amyra Rosli

Image and video hosting by TinyPic

Hanya tinggal tiga hari saja lagi, pelakon Amyra Rosli bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan tunangnya pelakon Dazrin Kamarudin. Semua persiapan telah dibuat namun tiba-tiba saja timbul khabar majlis tersebut telah dibatalkan. Berita tersebut mengejutkan ramai pihak sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Mengulas mengenai perkara itu, Amyra berkata dia memohon maaf kepada semua pihak dan tujuannya membuat kenyataan, bukan sengaja mahu menghebohkan berita sedih ini tetapi tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

"Pada hari Jumaat ini tidak akan ada majlis pernikahan kami. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang mungkin telah block tarikh 8 Ogos ini bagi meluangkan masa untuk hadir. Saya buat kenyataan ini kerana tidak mahu nanti menyusahkan mana-mana pihak yang ingin datang.

"Saya tahu semua orang tertanya-tanya, kenapa... Saya tahu hal kahwin ni bukan perkara main-main.

"Sebenarnya semua persiapan telah siap dibuat cuma kad kahwin belum diedarkan lagi. Kiranya hal tentang kad kahwin kami buat paling akhir sekali. Tapi sampai sekarang belum diedarkan lagi. Sebab itu ramai yang dah bertanya jadi kami beritahu bahwa majlis sebenarnya telah dibatalkan.

"Tapi pembatalan ini mungkin bukanlah selama-lamanya. Soal jodoh bukan kita yang tentukan, semuanya ditangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi keputusan yang kami buat ini juga bukanlah titik noktah untuk laluan hidup kami", katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Heroin drama 'Hanya Kau Cintaku Seorang' ini bagaimanapun enggan mendedahkan punca mengapa majlis perkahwinannya itu dibatalkan disaat akhir.

"Cukuplah selama ini kami kongsikan tentang berita-berita gembira kami, tentang persiapan nak kahwin kami. Tapi saya harap semua pihak hormati keputusan ini dan saya tak mahu lah berkongsi tentang cerita negatif", tuturnya dengan nada tenang.

Dalam pada ditanya mengenai hubungannya kini dengan Dazrin, Amyra berkata hubungannya dengan 'Juara Fear Factor Selebriti Malaysia' itu masih baik.

"Kalau gaduh ker baik ker, semua pasangan pun melalui perkara itu. Sama macam kami juga. Kami masih berhubung tapi sudah tidak bergaduh lagi tentang hal perkahwinan.

"Sebagai orang Islam, saya reda dan terima ketentuan qada' dan qadar. Saya anggap kami tiada jodoh. Sekali lagi, saya mohon maaf dan berharap semua pihak hormati keputusan kami", katanya mengakhiri perbualan.

Dazrin dan Amyra berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment