Raja Ilya Sah Bergandingan Dengan Kajol

Aktres Raja Ilya, 30, teruja apabila filem yang bakal menggandingkannya dengan bintang Bollywood iaitu Kajol bakal memulakan penggambaran pada Disember depan.

Laporan mStar online menyebut, penggambaran filem bertajuk KL Ke Bollywood itu bakal menjalani penggambaran selama dua minggu di Mumbai, India.

Filem arahan T. Anand itu turut menampilkan Shaheizy Sam yang berkisarkan tentang hasrat seorang pemuda yang ingin mengejar impiannya sebagai bintang terkenal di India.

Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia tidak sabar untuk bertemu dengan bintang diminatinya itu dan menganggap peluang bergandingan dengan Kajol sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Malah dia melihat penglibatannya dalam filem berkenaan mampu membuka ruang lebih besar untuk melebarkan sayap lakonan di luar negara.

Raja Ilya berkata, dia bakal menggalas watak antagonis yang bertanggungjawab mempertemukan Kajol dan Shaheizy Sam dalam filem itu.

Dia juga perlu bertutur dalam bahasa Hindi namun tidak melihat ia sebagai masalah kerana dia mahir bertutur dalam bahasa tersebut selain Tamil dan Telegu.
Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment