Alif Satar Nikah 15 September, Tuju Lagu Untuk Bakal Isteri

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Akhiri Penantianku', Alif Satar kembali dengan single terbaru yang berjudul 'Setiap Hari'. Lebih menarik, single ini didedikasikan khas buat bakal isterinya, Shadila Halid.
Malah video muzik lagu ini turut menceritakan detik-detik pertemuan dan rasa cinta terhadap bakal isterinya. Ianya akan mula ditayangkan di Youtube bermula hari ini (12 Ogos).

Lebih menarik, penghasilan klip video lagu ini telah mendapat sentuhan pengarah Dian Mayasari yang sebelum ini mengarahkan muzik video 'Akhiri Penantianku'.

Dalam pada itu, usia muda bukan penghalang untuk Alif mendirikan rumah tangga. Alif Satar bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis idaman hatinya, Shadila Halid pada 15 September ini bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-24.

Majlis nikah akan berlangsung pada 15 September ini dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Manakala, majlis resepsi akan diadakan di Marina Putrajaya pada 20 September, jam 8.00 malam. Media, rakan-rakan dan teman-teman rapat dalam industri hiburan ini akan dijemput bagi memeriahkan majlis ini.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment