Angin percintaan berderu laju menyapa pasangan pelakon sensasi, Izreen Azminda, 29, dan Amar Baharin, 29, yang kini dikatakan semakin intim sejak kebelakangan ini.
Tambahan pula digandingkan dalam drama bersiri 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' (KTAR) menambahkan lagi keintiman dua pasangan sejoli ini. Foto yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan Instagram pelakon Izreen menguatkan lagi desas-desus itu.
Mempunyai jawapan di sebalik kontroversi itu, Izreen memberitahu, hubungan dengan rakannya itu hanyalah sebagai teman biasa.
"Alhamdulillah, setakat ini hubungan saya dengan dia semakin rapat. Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir untuk melangkah ke peringkat seterusnya memandangkan dengan keadaan saya baru sahaja bercerai dan saya ingin membetulkan diri saya dahulu. Setakat ini biarlah saya tumpukan sepenuh perhatian saya kepada kerjaya dan anak saya, Muhammad Adrian Umar yang kini menginjak usia setahun.
"Sebenarnya, saya bukan tergesa-gesa untuk mempunyai jodoh baharu. Bagaimanapun, pada masa kini, saya inginkan seseorang lelaki yang mampu menjadi teman baik saya dan berkongsi masalah ketika suka dan duka", katanya seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo!
Tambah pelakon drama 'Tujuh Suami' ini, sifat Amar yang sangat penyayang dan mengambil berat serta mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin keluarga yang baik, membuatkan dia sangat selesa berkawan dengan aktor itu.
Dalam pada itu Izreen juga menolak dakwaan yang mengatakan Amar penyebab kepada kemusnahan rumah tangga bersama Reza sebelum ini.
"Saya menolak sama sekali dakwaan itu. Hal ini kerana saya telah kenal Amar semenjak belum berkahwin lagi. Malah sewaktu itu, kami telah rapat. Jika saya menyukai dia, sudah tentu saya tidak akan berkahwin dengan bekas suami saya", katanya.
0 comments:
Post a Comment