Azmi atau lebih dikenali sebagai Joe, beberapa hari lalu telah memuat naik sekeping fotonya bersama Daphne dengan kapsyen ‘@daphneiking lah model aku, bini aku, mak kepada anak2 aku, tempat aku mengadu dan tempat untuk anu’ di akaun Instagram miliknya, @joelebosi.
Foto tersebut bagaimanapun telah mengundang kontroversi apabila ada pengikut yang menegur dan menganggap Joe tidak menghormati isterinya, Daphne.
Joe bagaimanapun menyelar kembali pengikut tersebut dengan kata-kata yang agak kasar, mungkin kerana berang dengan pertanyaan yang diajukan.
Bagaimanapun, ada juga pengikut memberitahu Joe sememangnya seorang yang ‘gila-gila’ dan sering memuat naik foto dengan kapsyen yang lucu.
Bagi kami pula, mungkin ‘anu’ yang disebut Joe tidak membawa maksud negatif tetapi telah disalah tafsir oleh segelintir peminat. Contohnya seperti di Sabah, perkataan ‘anu’ tidak membawa maksud apa-apa atau merujuk kepada sesuatu yang lucah sebaliknya ia cuma bahasa pasar yang digunakan dalam dialek harian mereka.
0 comments:
Post a Comment