Bercakap kepada Berita Harian, ibu kepada Amyra Rosli yang juga bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad memaklumkan yang keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan itu dicapai pada Ramadan lalu.
“Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama. Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami”
“Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini,“ katanya kepada wartawan hari ini.
Harapnya pasangan ini hanya menunda majlis bahagia mereka dan bukan tidak jadi terus. Sayang hubungan yang telah terbina. Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment