Setelah lima tahun menceburi bidang seni, nampaknya nama Izara Aishah semakin dikenali masyarakat disamping mempunyai personaliti yang menarik. Jadi pemilihannya sebagai duta produk terbaru Shiseido ULTIMUNE bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
"Saya rasa ia mudah digunakan dan betul-betul menikmati pengalaman menggunakannya setiap hari. Kulit saya berasa seperti dicaj semula, lebih lembut , halus dan lembap. Tekstur ini juga sangat ringan dan aromanya yang santai dan bertenaga membuatkan semua wanita perlu mencubanya", jelas Izara tentang produk tersebut.
Walaupun mempunyai jadual kerja yang padat serta waktu kerja yang tidak menentu, Izara tetap akan mengekalkan kulit yang cantik serta tampil menawan ke mana sahaja. Jadi sememangnya produk Shiseido ini membantu gadis ini bagi menyelesaikan masalahnya dalam mengamalkan rejim penjagaan kulit.
0 comments:
Post a Comment