Bagaimanapun, Sari Yanti berkata, perkara tersebut masih dalam perancangan berikutan tiga lagi rakan kongsi dalam syarikat penerbitannya Media Glow iaitu pelakon Tam Shuhaimi, Farish Aziz dan Intan Ladyana kini sibuk dengan komitmen masing-masing.
"Namun buat masa ini kami masing-masing belum ada masa untuk berbincang kerana semua sibuk dnegan komitmen dan penggambaran drama," katanya kepada media.
Drama Pengancam Perkahwinan berjaya dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Komedi Terbaik (TV) pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang akan berlangsung pada 19 September ini di Teater Selangor, Shah Alam.
Tambah Sari Yanti, pencalonan yang diterima itu merupakan pembakar semangatnya untuk lebih serius dalam bidang penerbitan.
"Ini memang impian saya untuk menceburi bidang penerbitan, sebagai pendatang baru pencapaian ini sudah boleh membangga kami.
Pengancam Perkahwinan mengisahkan mengenai dua sahabat baik sejak di bangku sekolah. Bagaimanapun, kerana sikap ego dan cemburu masing-masing yang tinggi mereka bertukar menjadi seteru.

0 comments:
Post a Comment