Didie berkata, dia yang kini sudah mula mengambil tawaran sebagai pengacara majlis tidak tergamak untuk meninggalkan anaknya itu dengan memberikannya susu formula.
"Sebab itu dia akan ikut saya ke lokasi. Mungkin nanti jika dia sudah besar, saya akan tinggalkan dia di rumah dengan bapanya," kata Didie.
Dalam pada itu, Didie berkata, buat masa ini dia juga terpaksa menolak tawaran berlakon drama bersiri dan penggambaran di luar Kuala Lumpur.
Sementara itu, menceritakan pengalaman ketika awal melahirkan bayi tersebut, Didie berkata kehidupannya agak kelam kabut.
"Pada awal-awal lepas bersalin agak kelam kabut juga hidup saya kerana sudah 15 tahun tak jaga bayi. Tapi perlahan-lahan saya cuba perbetulkan balik keadaan.
Muhammad Dayyan merupakan anak pertama Didie hasil perkahwinannya dengan Norisham Ismail pada tahun 2009.
Lima lagi anak Didie merupakan hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nurdhaniyah, 20, Muhammad Dhanial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Dayini Ahza, 15, dan Nur Diyana, 14.
0 comments:
Post a Comment