Tepis Gosip Rumah Tangga Ada Masalah

Berjauhan dengan suami sejak tahun 2011 atas tuntutan tugas, tidak menjadi bukti sebarang spekulasi yang bertiup kencang kononnya rumah tangga yang dibina pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz, 26, bersama suaminya Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 29, kini sedang dilanda badai.

Bercakap kepada akhbar Kosmo!, dia mengakui, adakalanya perselisihan faham tetap berlaku sebagai pasangan dalam alam rumah tangga. Namun, ia diselesaikan dengan baik dan tegas Raja Farah, tidak timbul sebarang cerita negatif mengenai keharmonian rumah tangganya.

"Banyak konklusi boleh dibuat cuma apabila berkaitan peribadi saya lebih suka mendiamkan diri. Kami tiada sebarang masalah besar cuma biasalah kalau bergaduh manja.

"Saya akui, tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Dia di Pulau Perhentian dan saya pula sibuk dengan penggambaran program Rasa Halal Antarabangsa di luar negara.

"Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa. Dia balik ke Kuala Lumpur, saya pula terbang ke luar negara dan begitulah sebaliknya.

"Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu saya sahaja, kemudian timbul macam-macam andaian. Pinta saya, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," jelasnya.

Dalam pada itu pelakon filem 'Aku Masih' Dara ini juga berkata sudahh empat tahun mendirikan rumah tangga, namun sehingga kini dia belum dikurniakan cahaya mata. Hal itu membuuatkan dia berasa sunyi lalu mengambil keputusan untuk aktif kembali dalam dunia seni.

"Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian.

"Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin.

"Dia pula selalu berada di Pulau Perhentian (Terengganu) bekerja sebagai jurulatih selaman di sana sejak dua tahun lalu memaksa saya untuk mencari alternatif untuk membunuh rasa bosan itu dengan berlakon," katanya yang sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama 13 episod adaptasi novel berjudul, 'Salju Sakinah' terbitan TV Alhijrah.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment