Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan.
"Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu.
"Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya anggota kumpulan Senario ini seperti yang dilaporkan media.
Laporan juga menyebut, Azlee mengakui berasa takut ketika diberitahu pihak hospital dia perlu dibedah bagi mengeluarkan batu dalam hempedu yang telah memasuki ususnya.
Jelas anggota kumpulan Senario itu lagi, pada awalnya dia menyangka hanya terkena sakit gastrik namun selepas beberapa kali mendapatkan rawatan sepanjang Ramadan lalu keadaannya tidak pulih sehinggalah dia terpaksa bertemu pakar di hospital berkenaan.
"Terkejut juga apabila doktor memberitahu tentang keadaan saya dan apabila diberitahu saya perlu dibedah saya sangat takut kerana saya tidak pernah memasuki bilik pembedahan sebelum ini.
"Saya terpaksa memberanikan diri kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan dan apabila diberitahu perlu menjalani pembedahan kedua saya jadi lebih bimbang," jelasnya.
Tambah Azlee, pembedahan kedua itu nanti akan lebih besar kerana doktor akan menebuk pusat dan kedua-dua bahagian tepi perutnya bagi mengeluarkan hempedu tersebut.
0 comments:
Post a Comment