Sarimah Ibrahim Akan Bertunang Hujung September, Selepas 9 Bulan Bersama

Sekitar Mac 2014 yang lalu, para peminat Sarimah Ibrahim dikejutkan dengan berita yang penyanyi juga pengacara ini sedang bercinta dengan salah seorang kerabat sehingga beliau sanggup hadir ke konti radio tempat kekasihnya bertugas untuk membuat pengumuman itu.

Hari ini, Sarimah Ibrahim sekali lagi membuat pengumuman berita baik buat para peminat semua apabila mengesahkan yang dirinya akan bertunang dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.

Pasangan ini telah memilih 27 September sebagai tarikh bersejarah itu dan persiapan sudah pun dilakukan oleh kedua dua belah pihak keluarga mereka mengikut adat istiadat sepatutnya.

“Persiapan sudah banyak dibuat & kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami untuk mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa. Hanya doa yang diharapkan kepada para peminat agar segalanya berjalan lancar antara mereka berdua. Seperti sedia maklum, ini adalah perkahwinan kali kedua ,” ujarnya.

Sarimah Ibrahim menerima lamaran Jamie (nama panggilan kekasihnya) kerana jejaka itu seorang yang lain dari lain dan merupakan seorang yang penyabar dengan karenah dirinya.

“Dia lain dari kawan-kawan yang saya pernah kenal sebelum ini. Dari segi budi bicara, cara juga penampilan dan pemikirannya. Itu semua penting untuk saya.Cuma dia yang berani untuk bersama saya dan seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya,” tambah Sarimah.

Tahniah buat kedua dua mereka dan semoga sampai ke jinjang pelamin nanti.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment