Nak Imbas Kisah Lama Saya & Awie Boleh, Tapi... - Erra Fazira

Aktres jelita Erra Fazira berharap gandingannya bersama Awie dalam lakonan terbaru mereka menerusi filem romantik 'Warna Cinta Impian' tidak menimbulkan kembali cerita yang mengaitkan 'sejarah lama' mereka berdua.

Sebaliknya kata Erra, dia bersetuju untuk berlakon semula bersama Awie kerana mahu mengembalikan dan mengubat rindu para peminat mereka yang selama ingin melihat pasangan hero-heroin sensasi sekitar 90-an ini beraksi semula.

"Kalau setakat imbas (kisah lama) saya tak apa, saya tak kisah. Tapi diharapkan janganlah nanti ada cerita lain pula. Perkara yang lepas biarlahh lepas.

"Jangan la ada gosip... faktor usia tidak lagi mengizinkan untuk timbul lagi gosip-gosip tentang kami. Kami sudah cukup profesional. Saya hormati Awie dan dia juga hormati saya. Harapnya tiada cerita lain selain cerita kerja, ya", itu kata Erra Fazira pada Majlis Pelancaran filem 'Warna Cinta Impian' dan Majlis Berbuka Puasa, bertempat di hotel Le- Meridien, kelmarin.

Kalau tiga bulan lalu Erra dan Awie 'dipertemukan' semula dipentas Istana Budaya menerusi 'Konsert Teaterikal Suara Kita', kali ini kedua figura ini bakal muncul pula dalam drama percintaan terbitan sebuah produksi baru, Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd.

Menurut Erra, dia tertarik dengan skrip filem tersebut selain mengambil kira hal sudah agak lama industri filem tempatan tidak dihidangkan dengan filem percintaan, antara faktor yang membuatkan dia bersetuju untuk menerima tawaran daripada produksi berkenaan.

"Tiga bulan lalu saya dan Awie telah bekerjasama di pentas teaterikal. Dan kami tiada masalah untuk kembali bekerja bersama. Kalau penonton-penonton ada yang rindu untuk menyaksikan kami menerusi filem kami juga rindu untuk beraksi di layar perak.

"Lagipun beberapa tahun ini kita lihat industri filem lebih dilambakkan dengan cerita bergenre komedi, seram... sudah lama tiada genre percintaan. Selain itu saya tertarik dengan jalan cerita filem ini. Itu yang membuatkan kami masing-masing bersetuju untuk menerima tawaran ini", katanya lagi.

'Warna Cinta Impian' mengisahkan 4 buah cerita iaitu 3 kisah percintaan dan 1 kisah perkahwinan. Menelan kos sebanyak RM1.5 juta, filem arahan pengarah N.S Krishna bakal menjalani penggambaran di sekitar lembah Klang mulai 11 Ogos 2014.

Selain Erra dan Awie, filem yang akan turun menjalani penggambaran di Brisbane, Australia dan di Jaipo, India ini juga dibarisi pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal serta pendatang baru kelahiran Singapura, Erwin Shah Dawson

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment