Gara-gara hubungan mesra tersebut juga, pelakon kelahiran Melaka ini dikatakan menjadi punca perbalahan antara Zul dan kekasihnya, penerbit filem astro shaw, Gayatri Su-Lin Pillai. Menerusi Sinar Harian, hari ini Ayda Jebat memberitahu, dia tidak pernah terlibat dalam hubungan cinta Zul dan Gayatri. Baginya, hubungan mesra bersama Zul sekadar di dalam lakonan semata-mata.
“Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan. Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,“ kata Ayda rapat dengan Zul demi untuk memastikan lakonan mereka menjadi sahaja.
Dalam pada itu, timbul pula ura-ura Ayda, Zul dan Gayatri meluahkan perasaan masing masing di Twitter mengenai hubungan mereka. Menurut Ayda, dia tidak tahu menahu sesi luahan perasaan yang dikatakan ramai itu.
0 comments:
Post a Comment