Malah untuk filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3), Farid Kamil digandingkan pula bersama aktres Maya Karin dan ini menjadi tanda tanya adakah kali ini Diana akan cemburu lagi apabila melihatkan aksi-aksi romantis suaminya dan Maya Karin dalam filem tersebut?
“Kalau dia cemcuru lagi, saya akan mengeluarkan kata-kata romantis seperti lakonan saya sebagai Kasyah dalam LBS3 ini,“ ujarnya sambil tersenyum.
Sementara itu, dia turut menjelaskan bahawa tidak akan ada lagi sikap cemburu itu pada isterinya, kerana dia memberitahu bahawa Diana merupakan peminat setia Lagenda Budak Setan dan tidak sabar untuk menonton tayangan filem itu.
“Diana merupakan peminat filem pertama dan kedua, malah dia sendiri tak sabar nak tengok LBS 3, InsyaAllah saya akan bawa dia ke premier nanti, dan tak akan ada lagi cemburu. Pengalaman yang saya tanya orang pun, bila tahun pertama hingga kelima pasti ada situasi dimana akan wujud pemahaman masing-masing yang lebih jelas”
“Kalau ada cemburu pun, dia akan lebih advance lagilah (sambil ketawa), maksudnya di akan lebih melariskan filem. Perkara yang lepas itu mungkin tiada lagi. Dia mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang berlakon, itu satu pengalaman baru,” tambahnya.
0 comments:
Post a Comment