Sinopsis Drama Setitis Kasih Darmia Slot Ratu TV9

Drama adaptasi novel berjudul Setitis Kasih Darmia pula akan menyusul di slot Ratu TV9. Menampilkan sekali lagi gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Nantikan drama ini dijangka bersiaran pada hujung bulan Oktober ini.

JUDUL : Setitis Kasih Darmia

TARIKH : 2014

SIARAN : Slot Ratu TV9

NOVELIS : Naniey TJ

PENGARAH : Jamal Khan

TERBITAN : Pena Creative

PELAKON : Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Nasir Bilal Khan, Puteri Chi Chi, Kazar

Pelakon:

Nelydia Senrose sebagai Darmia

Sharnaaz Ahmad sebagai Khairul Amir

Fauziah Nawi sebagai Opah

Liza Abdullah sebagai Mak Ngah

Kazar sebagai Pak Ngah

Azizah Mahzan sebagai Mak long

Nasir Bilal Khan sebagai Pak ngah salleh

Puteri Chi Chi sebagai Anis Alisa

Joshua sebagai Zulfekar

Zaryn Min sebagai Haliza

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela.Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar.Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya. Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia.

Namun,lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya mengharu birukan keadaan.Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti.

Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai. Khairul Amir nekad,biar hilang segalanya di dunia,setitis kasih Darmia terus dinanti.




Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment