Dingdong Dantes Lamar Marian Rivera Secara 'Live' Di TV

Aktres Filipina yang popular dengan telenovela 'Temptation of Wife', Marian Rivera kini bergelar tunangan kepada aktor popular, Dingdong Dantes pada 9 Ogos lalu.

Lebih menarik, Dingdong telah melamar kekasihnya itu secara langsung menerusi rancangan tarian 'Marian', sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran Marian ke-30 yang jatuh pada 12 Ogos lalu.

"Setelah mengenali dirimu buat beberapa lama. Ianya jelas bahawa kamulah orang yang saya pilih untuk hidup bersama. Hari ini, saya menawarkan diri saya, cinta saya dan seluruh hidup saya untuk kamu. Sudikah kamu menjadi isteri saya?" Ucap Dindong sambil melutut di hadapan Marian.

Marian yang jelas tidak bersedia dengan kejutan ini hanya mampu mengucapkan 'yes' dan disusuli dengan ciuman.

Pasangan ini mula berkenalan sejak kali pertama bekerjasama menerusi telenovela 'Marimar' pada 2007 sebelum bergandingan menerusi dua drama lain iaitu 'Endless Love' dan 'My Beloved'.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment