Oleh sebab itu, untuk mengulangi kegemilangan tersebut Astro dengan kerjasama Nusantara Seni Karya telah menghasilkan telenovela baru yang bertajuk ‘Cinta Ibadah’.
Baru-baru ini, di majlis sidang media pelancaran telenovela tersebut, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Astro Khairul Anwar Salleh berkata dia yakin drama ini mampu memikat hati penonton kerana mempunyai impak mendalam hasil lakonan mantap barisan pelakon yang terlibat.
"Jumlah episod yang kita sasarkan adalah sehingga 300 episod dan kemungkinan besar akan diteruskan lagi jika mendapat sambutan yang hangat dari penonton tempatan," ujarnya.
"Saya pasti telenovela ini mampu mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri, jalan cerita yang panjang mungkin akan membuatkan mereka tertanya apa kesudahan kisah ini walaupun kita masih belum menentukan penamatnya.
Selain itu, telenovela ini juga dikhabarkan bakal menembusi pasaran antarabangsa sekitar Singapura, Cambodia, Vietnam, Filipina dan Afrika Selatan.
Meskipun menampilkan pelakon baru seperti Aisyah Ilias dan Fattah Amin sebagai tunjang utama, namun pihak produksi yakin rupa paras mereka dan juga para pelakon lain sesuai dengan sasaran mereka untuk memasarkan telenovela ini di peringkat global.
Telenovela ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran aktres Sherry Ibrahim, Raja Ilya dan Nor Albaniah.
Kehidupan mereka yang bahagia mulai goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah, namun ingin merahsiakan daripada pengetahuan suaminya.
Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara sebenar, Siti meminta pertolongan Rina yang memiliki wajah yang sama untuk menggantikan tempatnya sementara dia menjalani rawatan di hospital.
Jangan lupa menonton "Cinta Ibadah" bermula 8 September nanti yang akan bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat jam 5 petang di Astro Prima, Maya HD, Ria PLUS dan Astro On The Go.
0 comments:
Post a Comment