“Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi,“ katanya.
Dia yang sebenarnya telah memberitahu bahawa keputusan untuk berpisah telah lama difikirkan dan kini telah rasminya dia putus. Baginya tidak ada jodoh antara mereka berdua. Punca kenapa hubungan mereka berantakan hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.
“Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu”
Sementara itu, Intan secara berseloroh telah memberitahu selepas ini tidak akan ada lagi orang yang asyik bertanyakan tentang hubungannya lagi dan dengan itu dia berasa sedikit lega. Dalam perkembangan lain, Intan telah tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Komedi dalam filem menerusi lakonan dalam Adnan Sempit 3.
0 comments:
Post a Comment