Isu Baju Bertulisan Lu cah: Joe Flizzow Kesal, Akui Tertekan

Penyanyi rap Joe Flizzow kecewa kerana dicemuh gara-gara kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lu cah.

Bercakap kepada mStar online, Joe berkata, kejadian itu berlaku di sebuah majlis apabila dia pada mulanya di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai baju bertulisan ‘Jantan’ kononnya bagi tujuan promosi.

Jelasnya, tidak lama kemudian mucul dua individu di sebelah kiri dan kanannya untuk bergambar sebelum dia menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lu cah berkaitan alat sulit lelaki.

"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.

"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lu cah.

"Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi,"

Joe berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dengan dua orang individu dengan baju T bertulisan lu cah tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Joe berkata, dia juga kesal apabila segelintir pihak menuduh baju tersebut merupakan produk yang dikeluarkan olehnya.

Malah, ada yang mengancam untuk memboikot album dan perniagaannya kerana dianggap tidak sensitif.

"Selepas gambar tersebut tersebar saya dapat banyak respons negatif terutamanya pengguna laman sosial.

"Ramai yang menuduh baju tersebut merupakan baju yang saya jual. Sebenarnya saya hanya ada baju bertulisan Havoc sahaja.

"Mereka juga mengugut untuk memboikot kedai saya, namun Alhamdulillah sehingga kini perniagaan saya tidak terjejas," ujarnya.

Dalam pada itu, Joe mengakui tertekan dengan kejadian itu sehingga terfikir untuk meninggalkan negara buat beberapa minggu.

Katanya, perkara tersebut telah mencalarkan nama baik dan reputasinya yang selama ini bersih.

"Saya sudah minta maaf kepada semua secara terbuka di laman Twitter tentang gambar tersebut.

"Pada awalnya saya agak tertekan hingga terfikir untuk ‘lari’ sekejap, namun ibu saya menghalang dan meminta saya bersabar," ujarnya.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment