Kalau lakonannya menerusi drama bersiri 'Playboy Itu Suami Aku' kurang menjadi sekaligus boleh dikata tidak berjaya memikat hati pencinta drama tempatan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini tampil pula dengan lakonan terbarunya menerusi telenovela pertama Malaysia, 'Cinta Ibadah'.
"Saya akui saya baru setahun jagung dalam dunia lakonan. Saya akui saya bukan pelakon berbakat tapi saya belajar daripada bawah. Kalau bayi pun, mana ada yang terus, terus pandai bercakap. Walaupun ramai yang melemparkan kritikan dan komen negatif kepada saya, itu saya jadikan sebagai penyuntik semangat untuk saya terus membuktikan kebolehan saya.
"Sebenarnya mereka yang beri komen negatif itu hanya menonton satu episod saja 'Playboy Itu Suami Aku' dan terus mereka judge saya. Padahal kalau mereka ikuti drama itu tentu mereka akan nampak lakonan saya dan saya dah cuba yang terbaik.
"Saya berharap sangat 'Cinta Ibadah' ini adalah peluang untuk saya buktikan bakat saya. Saya harap saya diberi ruang. Kepada mereka yang suka judgemental tu, saya harap mereka tontonlah drama ini. Saya yakin ada peningkatan pada lakonan saya", katanya ketika ditemui pada sidang media 'Cinta Ibadah', bertempat di hotel Westin Premier, semalam.
Lantaran itu dia memberanikan diri untuk menyahut cabaran sekali lagi menjiwai watak utama.
"Saya tak tertekan bila diberikan watak utama sekali lagi. Kalau saya asyik fikirkan tentang kriktikan orang teradap saya, saya rasa memang susah untuk saya melangka ke depan dan meneruskan karier dalam idang ini. Bagi saya selagi penonton ingin melihat lakonan saya, saya akan terus berlakon dan berikan yang terbaik", ujarnya yang memulakan kerjaya sebagai model daulu sebelum terjun ke dunia lakonan sejak dua tahun lalu.
Bercerita lanjut mengenai watakya, pemenang Hero Remaja 2012 ini berkata dia tidak berdepan dengan cabaran untuk menghidupkan watak tersebut. Bahkan dia juga tidak mempunyai masalah mencari keserasian dengan gandingannya itu pelakon baru, Aishah Ilias.
"Sepanjang di set saya tak berdepan sangat dengan cabaran sebab watak saya tak jauh beza dengan drama sebelum ini. Cuma yang lainnya, dalam cerita ni saya ada anak. Ia sebenarnya sebuah cerita yang santai sesuai untuk tontonan seisi keluarga", katanya yang akan muncul daripada episod pertama hingga episod 80.
Dalam pada itu Fattah juga memberitahu dia banyak belajar dariapad pelakon-pelakon lama seperti Sharolnizam bagi memperbbaiki mutu lakonannya. Selain itu dia banyak menonton filem untuk dijadikan rujukan dari segi lakonan.
"Kalau ada peluang masuk lakonan memang saya nak tapi buat masa ni jadual saya sangat padat. Jadi apa saya buat saya banyak belajar daripada senior-senior selain menonton banyak filem", tuturnya.
Selain Fattah dan Aishah, kisah cinta abadi yang meruntun jiwa itu juga dijayakan oleh barisan pelakon seperti Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Sharolnizam, dan ramai lagi. 'Cinta Ibadah' diarahkan oleh Ayie Mustafa dan Sridhar Jetty dan akan ditayangkan di saluran Astro Prima (saluran 105), Maya HD, Ria Plus dan Astro On The Go mulai 8 September ini, jam 5 petang.
0 comments:
Post a Comment