“Saya pergi ke Jabatan Agama untuk memohon sesi kaunseling rumah tangga, namun saya tidak membawa surat nikah disebabkan saya keluar rumah sehelai sepinggang. Setelah menyemak data menerusi kad pengenalan saya, pihak jabatan menjelaskan perkahwinan saya belum didaftarkan,” katanya ditemui media di lobi Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur.
Ketika ditanya adakah dia masih ingin meneruskan hubungan perkahwinan ini? Lantas Rozana menjawab kesnya masih berjalan di kedua-dua mahkamah iaitu Mahkamah Majisteret dan Mahkamah Syariah, jadi dia menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa Mahkamah.
Dalam masa yang sama, dia yakin Awie ada jawapan mengenai status perkahwinan mereka itu.
Sementara itu, peguam syariah, Rubiah Jaafar menjelaskan terdapat sedikit kemusykilan terhadap hak penjagaan anak sementara yang diserahkan kepada Awie dan Rozana hanya dapat bertemu anaknya hanya 2 jam mengikiut perintahnya dikeluarkan.
“Selalunya, keputusan hak penjagaan anak akan diputuskan setelah kes selesai di mahkamah dan pasangan itu mestilah sudah bercerai, tapi dalam kes ini amat berbeza, pasangan ini masih lagi suami isteri dan kenapa Awie boleh mendapat hak itu,” katanya.
Menurut peguam Rozana lagi, punca kenapa anak guamnya gagal hadir semasa proses Sulh pada 6 Ogos lalu adalah atas faktor keselamatan dan dikhuatiri proses sulh tidak akan berjalan lancar disebabkan Awie pernah mengasarinya sebelum ini dan anak guamnya berada dalam trauma.
“Saya tidak rasa proses sulh boleh dilakukan dalam waktu terdekat kerana anak guam saya masih lagi belum bersedia kerana proses Sulh hanya melibatkan Awie, Rozana dan pegawai bertugas, sementara saya peguamnya tidak boleh berada dalam proses itu,” katanya.
Rozana telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara (hadanah) tiga anak mereka yang diperoleh Awie di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 21 Julai lalu.
Namun Mahkamah Tinggi Syariah semalam memutuskan menolak permohanan Rozana bagi menukar hak lawatan terhadap anak-anak yang ditetapkan iaitu di kediaman Awie di Ukay Bistari Ampang ke kediaman bapa Rozana di Pantai Hill Park, Bangsar.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis menolak permohonan isteri penyanyi, Awie iaitu Rozana Misbun, 36, yang dibuat secara lisan bagi menukar hak lawatan terhadap anak-anak yang ditetapkan iaitu di kediaman artis itu di Ukay Bistari, Ampang ke kediaman bapa Rozana di Pantai Hill Park, Bangsar di sini.
0 comments:
Post a Comment