Selepas kembali rujuk dengan suaminya Adam, sinar kebahagiaan nyata menyelubungi kehidupan pelakon Fiza Elite sekeluarga. Terbaru, Fiza telah menyambut ulang tahun kelahirannya bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Menerusi foto-foto yang dikongsi menerusi akaun Instagram, Fiza meluahkan perasaan terharunya dengan sambutan yang diberikan selain bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapinya kini.
"Terima kasih ya Allah krn telah mengatur rencana yg indah utk hari ini.setelah sekian lama tak bjumpa dgn semua sahabat2 sy...rakan seperjuangan sy...akhirnya mlm ini Allah mpertemukan kami di hari yg penuh istimewa ini.syukur ke hadrat Allah dgn adanya suami @adamaf2 dan anak2 disisi ...terima kasih Abi...buat haji,mama,abg fendi,missM...mudah2an persahabatan kami akan sampai hingga ke syurga," antara ungkapan Fiza menerusi akaun Instagramnya.
Selamat hari lahir diucapkan buat Fiza. Kami mendoakan agar Fiza dilimpahi kebahagiaan berpanjangan di samping keluarga tersayang.
Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
0 comments:
Post a Comment