Zalif tanpa berselindung menjelaskan sedang mengenali gadis bernama Syahirah dan mula berkawan rapat sejak beberapa bulan lalu.
"Sebenarnya dia adalah kawan lama saya dan kami juga tinggal di kawasan perumahan yang sama. Cuma, kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Saya cuba membiasakan dia dengan gaya hidup saya sendiri sebagai selebriti supaya dia lebih faham dengan karier saya. Sebab itu, jika berkesempatan dan dia ada masa terluang saya akan membawanya ke majlis-majlis seni," ujar Zalif yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, Zalif juga tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan gadis itu kerana mengetahui peribadi Syahirah yang baik dan disenangi.
0 comments:
Post a Comment