Almy Nadia Mengidam Telur Penyu

Kebanyakan wanita hamil kebiasaannya akan mengalami keinginan yang pelik-pelik . Dan masa mengidam itu mungkin menjadi kenangan yang sukar dilupakan nanti.

Pelakon Almy Nadia yang kini sedang hamil 15 minggu juga tidak terlepas daripada mengidam makanan yang luar daripada kebiasaan makanan hariannya. Kata isteri kepada pelakon Fizz Fairuz ini, beberapa bulan lalu dia mengidam telur penyu. Puas juga Fizz ikthiar mendapatkan telur tersebut tapi gagal. Namun rezeki, sewaktu mereka pulang beraya di kampung, ibu Almy berjaya mendapatkan sebanyak lima biji telur tersebut untuk Almy.

"Gara-gara mendengar kawan saya bercerita tentang teur penyu. Hinggalah satu hari tu saya teringin sangat nak makan telur penyu. Saya beritahu Fizz lau dia berusaha mencarinya tapi tak dapat. Walaupun dia merungut dan beritahu sukar nak dapat telur tu, saya tetap berkeras mahukannya.

"Ketika pulang beraya di kampung pada Aidilfitri lalu, saya beritahu ibu yang saya mengidam nak makan telur penyu dan masih belum dapat menikmatinya. Ibu saya pun berusahalah mendapataknya dengan macam-macam cara termasuklah meminta bantuan daripada sepupu saya. Akhirnya ibu saya berjaya dapatkan lima biji telur penyu dari Sabah.

"Dapat saya telur tu, Fizz tolong rebuskan dan hidangkan pada saya. Saya terus makan kelima-lima biji telur itu dan selepas tu baru saya rasa sangat puas hati", ceritanya sambil tersenyum ketika ditemui sewaktu di majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia bertempat di UniKL, kelmarin.

Dalam pada itu kongsi Almy lagi, selain berat badannya yang semakin naik, dia juga langsung tidak berselera menjamah nasi. Sebaliknya, dia mula gemar pada makanan ala barat, salad dan sushi.

"Sebelum mengandung 55kg. Sekarang 63kg. Dalam masa sebulan naik 2kg. Saya juga sudah mula rasa cepat penat da mengah. Sebab tu juga saya bat sementara ini saya kurang ambil tawaran berlakon. Saya hanya dibelakang tabir, menrus dan menemani Fizz.

"Sejak mengandung ni, saya tak suka nasi. Saya tak boleh makan nasi, sebab rasa baunya busuk. Saya juga kurang gemar makanan kampung seperti tempoyak. Sebaliknya saya suka makan salad, sushi, makanan-makanan ala barat dan gemar pula minum air manis. Saya tahu, tak elok mengamalkan pengambilan air gula berlebihan tapi saya susah nak kawal.", katanya.

Almy dan Fizz berkahwin pada 26 April 2014 dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Almy memiliki seoranng anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 4 tahun.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment