Tegas Rita, dia bertindak sedemikian demi mempertahankan maruahnya dan dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3 serta hak kedua-dua anaknya itu.
"Ada yang cakap RM300,000 tu banyak, ada yang cakap sikit. Tapi pada saya, jumlah itu bukan ukuran maruah saya dan anak-anak. Maruah saya dan anak-anak tak boleh dijual beli. Jumlah tu setelah dikira oleh pihak peguam. Dan terpulanglah pada keputusan mahkamah.
"Tapi apabila keputusan telah dibuat nanti, kalau saya rasa masih tidak berpuas hati, saya akan tuntut dan perjuangkan lagi hak anak-anak saya", katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia bertempat di Kampus Kota UniKL, semalam.
Laporan media sebelum ini menyebut Rita memfailkan tuntutan nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan nafkah muta'ah sebanyak RM300,000 terhadap Aidil Zafuan. Difahamkan prosiding tuntutan muta'ah akan berjalan dalam bulan ini manakala keputusan tuntutan nafkah pula akan diketahui pada Disember.
Dalam pada, Rita berkata dia kecewa apabila dianggap sengaja mengganggu kebahagian rumah tangga bekas suaminya itu.
Luah Rita, dia sudah penat dengan sikap Aidil yang langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada Rayyan dan Arjuna. Oleh sebab itu Rita cukup kecewa dan marah dengan bekas suaminya itu. Manakan tidak, sedang dia cuba untuk merapatkan hubungan anak-anaknya dengan Aidil, lelaki itu langsung tidak menghargai usahanya sekaligus menyifatkan Aidil seolah-olah mempermainkan perasaan anak-anaknya sendiri.
"Malah saya cuba nak perbaiki hubungan dia dengan anak-anak terutama dengan anak kedua saya sebab dia tinggalkan Arjuna sewaktu umur tujuh bulan. Arjuna tak pernah jumpa lelaki lain di rumah, tapi bila daddy dia datang, dia seronok. Tapi bila Aidil tak lagi datang menjeguk anak-anak, mereka mula bertanyakan pada saya mana daddy mereka. Apa saya nak jawab?
"Saya ada cakap dengan Aidil jangan sia-siakan usaha saya nak baikkan dia dengan anak-anak. Tapi bila dia mungkir janji, saya jadi marah dan geram. Saya tak mahu nanti anak-anak inagt saya berbohong pada mereka", luah Rita, kesal dengan sikap Aidil yang sudah berbulan tidak datang menjenguk anak-anaknya jauh sekali bertanyakan khabar.
Dalam perkembangan lain, Rita kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama disamping pelakon Siti Saleha dan Remy Ishak. Drama bersiri 14 episod itu akan ditayangkan di TV9 tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment