“Apa Salahnya Gambar Itu?” - Siti Saleha

Sebelum ini jarang sekali nama pelakon cantik, Siti Saleha terpalit dengan kontroversi. Namun, sejak memenangi Pelakon TV dan Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013/2014, ada saja kontroversi yang menjengah pelakon drama ‘Nora Elena’ ini.

Boleh dikatakan apa saja gambar yang dimuat naik oleh adik kepada Sam Bunkface ini pasti akan mendapat kutukan. Selepas gambar percutiannya di Amsterdam bulan lalu dikutuk, terbaru gambar percutiannya di Pulau Tioman baru-baru ini juga menerima nasib sama.

“Apa salahnya tentang gambar itu? Bagi saya gambar tersebut bersifat artistik. Saya tidak nampak pun di mana silapnya gambar itu,” tutur pelakon drama ‘Ramadan Jangan Pergi’ ini ketika ditemui pada majlis pelancaran teater ‘Asrama-RA All Stars’ di Free Space Kaki Seni, SStwo Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Saleha berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tentang sekeping foto percutiannya di Pulau Tioman yang dikatakan lucah dan keterlaluan. Foto yang dimuat naik di laman Instagramnya itu memperlihatkan bahagian belakang badannya yang sedang duduk di atas dua batang kayu di tepi pantai.

“Sebagai selebriti, saya sentiasa berhati-hati dalam memuat naik sesuatu gambar, namun tak sangka pula gambar seperti itu pun boleh menjadi isu. Apapun, sudah tentu saya tahu had saya. Saya tak kisah apa orang nak cakap apa sebab saya tahu inilah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang artis.

Namun, tidak dinafikan saya agak takut kerana komen negatif itu juga boleh menganggu saya. Sebab itu, sejak kebelakangan ini saya akan sekat mana-mana akaun yang dirasakan melampau,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment