Fizikalnya jelas nampak sasa dan sekali pelakon dan penyanyi ini memberi jelingan, pasti ada yang gerun. Tapi dalam hatinya, sebenarnya cepat tersentuh naluri kelelakiannya.
Pendek kata, beliau memang senang menangis. Itulah karektor sebenar insan yang popular dengan panggilan Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman .
Daripada sisi bergelar bapa, beliau yang kini berdepan dengan masalah rumah tangga hingga perlu naik turun ke mahkamah mengakui anak menjadi keutamaannya kini. Kasih sayangnya terhadap lima anak yang kian membesar membuatkan Awie semakin kuat.
"Saya tak boleh marah anak dan kalau saya begitu, saya akan cepat mengalirkan air mata. Apa jadi pada waktu mendatang, saya akan tetap pertahankan anak saya. Anak nyawa saya. Saya kerja keras mencari rezeki ini demi mereka," kata Awie mengenai cinta hatinya iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, Puteri Aleefa Antasha, 12, Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Awie kini sedang sibuk dengan latihan teater SuperMokh Sebuah Muzikal Restaging. Teater berkenaan dipentaskan semula di Panggung Sari Istana Budaya mulai 8 hingga 21 September ini. Kali pertama ia dipentaskan November tahun lalu juga di tempat yang sama.
Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
0 comments:
Post a Comment