Semalam akhbar itu melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara. Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin.
Menurut Fahrin, beliau hanya mengenali Zara sebagai seorang pelakon meningkat naik dalam industri menerusi drama lakonannya serta cerita menerusi media saja.
"Saya tidak mengenalinya secara peribadi. Bahkan saya tak pernah terserempak atau bertembung dengannya di mana-mana acara pun. Saya tak pernah berhubung dengannya apatah lagi mempunyai nombor telefon beliau.
"Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum ada yang pantas menganggap kami bercinta. Ikutkan berapa kerat saja komen saya kepadanya di laman Instagram. Boleh kira dengan jari," kata pelakon drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Production menerusi slot Akasia TV3 itu.
"Memang saya komen malah Zara pun pernah komen di Instagram milik saya. Tapi mungkin peminat suka berseloroh dan menyakat melihat komen kami," katanya.
Sementara itu, Zara menganggap semua itu hanya gosip biasa.
"Setakat komen di Instagram sudah dianggap bercinta... mana ada. Tak ada apapun antara kami," katanya.
0 comments:
Post a Comment