“Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu daftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut”
“Sebaik-baiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku,“ katanya.
Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013 dan kini mereka berhadapan risiko dipenjara.
“Jika jelas peraturan itu dilanggar maka mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 35”
Datuk Ramli MS dan Alyah telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia dan menurut perkiraan mereka lewat mendaftarkan perkahwinan selama setahun lima bulan.
0 comments:
Post a Comment