Nilai Mutaah RM300,000 Diminta Rita Melampau – Aidil Zafuan

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini dengan alasan jumlah yang dipohon Rita melampaui jumlah yang sepatutnya.

Menerusi peguamnya, Rushdan Sujak Rafie, Aidil memfailkan pembelaan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail, kelmarin.

"Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya," kata Rushdan.

Dalam isu berkaitan, kegagalan Aidil hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kerana kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.

"Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia, Incheon, Korea," katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut.

Share on Google Plus

About Admin Bola

Ms. Lilebit is a wife and mother who is currently became fulltime housewife. She love about blogging and writing.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment