Bercakap kepada GUA Ummi Nazeera menolak dakwaan itu dengan berkata beliau kini masih ada dalam dunia hiburan dan masih berlakon namun agak selektif dengan watak yang perlu dibawakan supaya selari dengan imej dirinya ketika ini.
Ummi Nazeera memaklumkan yang beliau kini bekerja sebagai pengarah eksekutif di syarikat milik ibunya dan sudah lapan bulan pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian.
Beliau juga ditanya tentang keputusan beliau untuk menjauhkan diri dari media. Ini jawapan beliau.
“Bagi saya, secara jujurnya saya tidak mahu ketika saya mula-mula berubah, saya dekat dengan media, perkara itu seakan ‘kacau‘ saya. Saya takut akan timbul perasaan riak pula. Jadi, saya fikirkan biarlah semuanya jadi dengan perlahan-lahan,“ ujar Ummi lagi.
0 comments:
Post a Comment