“Jujur saya katakan, saya tidak merasa cemburu atau marah selepas menontonnya tadi. Zarina juga seorang gadis yang baik…Saya tak sangka dia bersungguh minta maaf,” komen Siti Sarah mengenai babak intim yang melibatkan suaminya dalam filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut (ALPKL).
Sarah ketika ditemui selepas majlis tayangan media filem tersebut baru-baru ini memberitahu Shuib ada menelefon kepadanya sebelum melakonkan babak tersebut.
“Semasa penggambaran dijalankan, Sarah dalam pantang anak pertama kami, Uwais Al-Qarni…Shuib telefon dan mengadu dia tertekan di set sebab ada babak susah yang dia nak lakonkan.
“Dia ada bagitahu ada babak dengan Zarina tetapi tidak memberitahu secara terperinci mengenai adegan dia dan Zarina. Saya setuju selepas itu.
“Semasa proses dubbing Sarah sedang mengandungkan anak kedua kami, Dzahira Talita Zahra, Sarah ikut Shuib dan menonton previu filem itu dan agak terperanjat.
“Masa tu memang memang saya membebel jugalah dan saya cakap kepada Shuib “amboi, patutlah seronok pergi lokasi”…Tapi, Shuib buat ‘cool’ sahaja. Dia tak marah Sarah pun.
“Lama-kelamaan, Sarah sejuk dan faham sendiri yang dia profesional bekerja. Jadi hari ini Sarah tak terkejut menonton adegan tersebut,” cerita Sarah panjang lebar.
Kata Sarah lagi, dia merasa bangga kerana suaminya berjaya melakonkan wataknya dengan baik dan menganggap itu lakonan terbaik Shuib sepanjang bergelar pelakon.
“Filem ALPKL merupakan filem yang bagus dan lakonan Shuib juga sangat baik berbanding sebelum ini…Sarah bangga dia bagus,” katanya senyum.
Amir & Lokman Pergi Ke Laut akan menjengah pawagam seluruh negara bermula 25 September ini.
0 comments:
Post a Comment