Media Hiburan hari ini melaporkan yang Noryn Aziz telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, semalam dan ini merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmah.
“Nama anak pun setakat ini belum diputuskan lagi. Kami ada bertanya ustaz dalam pertimbangkan nama yang dapat memberi maksud yang baik. Apa saya boleh cakap nama anak kami agak panjang juga,” katanya kepada media petang ini.
Bayi itu telah selamat dilahirkan secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat namun tiada maklumat lanjut yang dilaporkan. Tahniah buat Noryn Aziz & suami sekeluarga atas kelahiran orang baru ini. Semoga mendatangkan kebahagian selamanya.
0 comments:
Post a Comment