BACA: Rita Rudaini Failkan Tuntutan Muta’ah Berjumlah RM300,000
“Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu. Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi”
Bercakap kepada Berita Harian, Rita Rudaini memberikan gambaran yang Aidil Zafuan tidak punyai masalah untuk menunaikan tuntutan sebesar itu kerana tahu lelaki itu pernah berhabis ratusan ribu ringgit ketika mereka masih suami isteri.
“Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia. Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya,“ ujarnya.
0 comments:
Post a Comment