Selepas isu tersebut tercetus, pelakon filem ‘Kami Histeria’ ini terus mengunci mulut apabila diminta mengulas lanjut. Setiap kali diajukan soalan oleh pihak media, dia hanya melemparkan senyuman sebagai jawapan.
Memandangkan filem 'Lagenda Budak Setan 3' bakal ke pawagam dalam masa terdekat ini, timbul tanda tanya sama ada Diana bersedia menonton filem yang menggandingkan Farid dan Maya Karin itu. Ini kerana filem adaptasi novel itu menyaksikan banyak adegan romantik di antara hero dan heroin.
Mengulas mengenai tindakan dan isu cemburu sebelum ini, Diana hanya memberikan komen pendek dan meminta agar semua pihak tidak memanjangkan perkara tersebut.
“Saya tidak pernah menganggu Farid dengan kerjanya. Isunya bukan gandingan Farid bersama mana-mana pelakon wanita. Juga bukan kerana filem terbabit, sebaliknya etika di luar penggambaran yang menjadi isu,” ujar Diana dalam nada tegas.
Terdahulu, Farid memohon maaf kepada pihak media rentetan tindakan isterinya meluahkan ketidak puasaan hati di laman sosial. Malah, dia berpendapat yang ini merupakan isu kecil dan sama sekali tidak memberikan kesan terhadap kerjaya Farid sebagai seorang pelakon.
Menurut Farid lagi, dia dan Diana masih baru di alam perkahwinan dan ini sesuatu yang baru buat mereka berdua. Dalam masa yang sama, Farid juga tidak menolak bahawa perkara ini dijadikan permainan untuk tujuan promosi bagi melariskan filem 'Pengantin Malam'.
0 comments:
Post a Comment