"Apa yang berlaku pada malam ini merupakan salah satu langkah besar untuk perkembangan kerjaya saya. Saya rasa berdebar untuk berada di tempat baru. Lebih kurang tiga atau empat bulan lalu, pihak produksi bertanyakan saya, adakah saya boleh mengacarakan rancangan di Astro tetapi mereka tak bagi tahu yang saya harus mengacarakan program ini.
Bercakap mengenai kemungkinan timbul persepsi negatif yang mengatakan dia kembali semula ke Astro setelah meninggalkannya sebelum ini, FBI mengatakan dia hanya menyahut cabaran.
"Mengenai kata-kata negatif, bagi saya ada sahaja di mana-mana. Karier saya bermula di Astro selaku penyampai radio, kemudian saya berpindah ke tempat lain untuk menjadi penyampai radio dan karier pengacaraan saya bermula di situ. Kini saya kembali semula ke Astro tetapi bukan dengan kerja yang sama. Saya bukannya berpatah balik tetapi saya hanya menyahut cabaran dan mengumpul pengalaman baru bagi mengemudi AF2014 bersama Zizan," jelas FBI lagi.
Bercakap mengenai dunia penyiaran radio, FBI mendedahkan yang ada pihak menawarkannya untuk berkhidmat di sebuah stesen radio sebagai penyampai.
"Saya pernah ditawarkan untuk menjadi penyampai radio semula. Namun begitu, saya tolak kerana saya nekad dengan keputusan yang saya ambil sewaktu saya mahu berpisah dengan Hot FM dahulu, iaitu untuk tidak akan kembali semula ke konti. Selepas ini pun pendirian saya akan kekal sama," ujar FBI mengakhiri perbualan.
0 comments:
Post a Comment